Sunday, 8 February 2015






 Medifeet Medical health solution : 

Bismillah .....

saat saat sakit ada insan menghulur peluang untuk aku mencebur diri dalam bisnes kasut .....
Kasut Medifeet yang kebanyakan paramedik memakai untuk kegunaan harian semasa bertugas.
Peluang ini x patut ditolak .....Alhamdullilah saat saat begini dapat juga isi masa cuti sakit selain daripada mencari keredhaanNya rezeki perlu juga kita usahakan .Semoga dengan biz baru ini akan bertambah pendapatan aku dan keluarga.

Kasut medifeet...kasut kesihatan yang direka dan dicadangkan bagi mereka yang mengidap artritis, bunion ( bengkak kaki) sakit lutut, sakit belakang , sakit tapak kaki , osteoporosis , sakit sendi dan bagi penghidap diabetes atau kencing manis.

kasut kesihatan ini turut sesuai bagi wanita yang sedang hamil , mengalami obesiti , pekerjaan yang memerlukan waktu berdiri atau berjalan yang lama seperti doktor , paramedik, guru, polis , tentera dan sebagainya.

Dan jika anda, family anda bercadang untuk melancong , melakukan ibadah umrah dan haji ..memakai kasut kesihatan amat praktikal . Kasut medifeet ini sangat istimewa berbanding kasut biasa adalah dari segi keberkesanan dan ia telah terbukti menerusi siri ujian makmal di AmerikaSyarikat . Penggunaan material khas dikenali sebagai poron dalam setiap kasut yang dihasilkan begitu memberi keselesaan kepada sipemakai. Poron ini dapat menyerap hentakan yang memudahkan pergerakan kaki dan secara tidak lansung menjaga kesihatan keseluruhannya akibat menanggung berat badan.
konsep kasut medifeet ini semua golongan boleh memakainya yang penting apabila seseorang itu
mementingkan kesihatan kaki . Medifeet mengeluarkan 40 rekaan .


selesa dengan kasut kesihatan ...........

usah gusar bagaiman nak dapatkan produk Medifeet ini .....

boleh hubungi saya di FB saya Nor Azah( nurse)  atau di applikasi whatsapp 012 4419644. 

salam perkenalan ,

Bismillah .......

Permulaan hari Isnin minggu ke 2 baru mula bekerja setelah cuti panjang .@ cuti sakit yang panjang (now post op : 8/52) . Rasanya saat ini cukup nikmat aku rasakan dengan mata ini masih lagi dapat menyaksikan daun daun hijau dan  nafas ini masih lagi dapat menghirupkan udara nyaman . Terima Kasih kepada MU Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk aku menikmati .

Kenangan yang x dapat dilupakan ....2014 Dec 18....cukup jadi sejarah dalam hidup ...saat itu Hanya Allah yang tahu apa yang ada di mindaku ini disaat menanti detik untuk menuju ke Dewan Bedah ...Hanya doa ku pohon semoga semuanya berjalan lancar dan keampunan kepada Yang Maha Esa...andai esuk tiada lagi mentari . Saat mata bundar siputeri ku telek saat itu aku terpikir adakah aku masih dapat menatap mata bundar ini. Jam 8.00 am dimasukkan ke Dewan Bedah ....saat itu zikir dan ucapan syahadah hanya dibibir. Dan tepat jam 2.30pm aku dikejutkan dengan rasa ngilu di bahagian pembedahan di abdomen . Dan telinga ku dengar seperti ada yang memanggil. Ya Allah saat itu aku bersyukur kepada MU Yang Maha Esa kerana masih lagi diberi peluang . Peluang ini sesungguhnya aku perlu gunakan sebaik-baiknya ...keinsafan.

Saat -saat aku menatap insan insan yang aku sayang ...waktu itu saat yang paling indah kerana tangan ini masih dapat membelai si kecil.