Assalamualaikum...
Kak Azza ingin berkongsi satu produk kasut kesihatan yang sangat cantik dan selesa. Masih setahun jagung di dalam pasaran Malaysia tetapi mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Strategi pemasaran online menjadi pilihan kerana mengikuti perkembangan industri pemasaran terkini di negara kita.
MEDSHOE merupakan kasut kesihatan berkualiti tinggi keluaran 100% bumiputera no.1 di Malaysia. Pengalaman lebih 6 tahun dalam industri kasut kesihatan mencetuskan ilham buat pemilik untuk menghasilkan kasut kesihatan sendiri. Selain itu, disebabkan pemilik sendiri mempunyai masalah kesihatan tulang belakang menyebabkan beliau nekad untuk menghasilkan kasut kesihatan yang selesa keluarannya sendiri dan seterusnya dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat Malaysia.
Mengapa setiap orang perlu memiliki kasut kesihatan MEDSHOE?
- Insole (pelapik dalam) mempunyai arch support untuk sokongan lengkuk tapak kaki. Selain itu, terdapat lapisan PORON yang merupakan kusyen pelapik untuk menyerap tekanan.
- Midsole diperbuat dari kusyen yang ringan bagi keselesaan kaki.
- Tapak kasut diperbuat daripada 100% getah asli bagi mencegah licin, fleksible dan tahan lasak.
- Material lapisan luar diperbuat daripada microfibre yang berkualiti tinggi, kalis air, tahan lasak dan mudah dibersihkan.
- Potongan bahagian depan tapak kasut lebar untuk keselesaan jari kaki.