Wednesday, 19 April 2017

Assalamualaikum...
Kak Azza ingin berkongsi satu produk kasut kesihatan yang sangat cantik dan selesa. Masih setahun jagung di dalam pasaran Malaysia tetapi mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Strategi pemasaran online menjadi pilihan kerana mengikuti perkembangan industri pemasaran terkini di negara kita.

MEDSHOE merupakan kasut kesihatan berkualiti tinggi keluaran 100% bumiputera no.1 di Malaysia. Pengalaman lebih 6 tahun dalam industri kasut kesihatan mencetuskan ilham buat pemilik untuk menghasilkan kasut kesihatan sendiri. Selain itu, disebabkan pemilik sendiri mempunyai masalah kesihatan tulang belakang menyebabkan beliau nekad untuk menghasilkan kasut kesihatan yang selesa keluarannya sendiri dan seterusnya dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat Malaysia.
Mengapa setiap orang perlu memiliki kasut kesihatan MEDSHOE?
  • Insole (pelapik dalam) mempunyai arch support untuk sokongan lengkuk tapak kaki. Selain itu, terdapat lapisan PORON yang merupakan kusyen pelapik untuk menyerap tekanan.
  • Midsole diperbuat dari kusyen yang ringan bagi keselesaan kaki.
  • Tapak kasut diperbuat daripada 100% getah asli bagi mencegah licin, fleksible dan tahan lasak.
  • Material lapisan luar diperbuat daripada microfibre yang berkualiti tinggi, kalis air, tahan lasak dan mudah dibersihkan.
  • Potongan bahagian depan tapak kasut lebar untuk keselesaan jari kaki.

salam ukhwah .....


2017 dah hampir ke pertengahan tahun , kak azza belum lagi update blog ni ......rentetan kesihatan yang tidak mengizinkan .
2017 ......

Betapa berat ujian yang kak azza terima ..Hanya DIA yang maha mengetahui apa yang Kak Azza lalui selama lebih kurang 3 bulan . Ya Allah betapa hebatnya dugaan ini tapi kak azza tidak putus asa , biz yg kecil kecilan berjalan mcm biasa .

Kesihatan yang sangat sangat di uji ....betapa hebat dugaan dan kesakitan. Saat kesakitan itu dirasai masa tu kak Azza rasa Ya Allah betapa khilafnya diri ini sehingga betapa ujian ini diterima.

tapi Allah itu maha mengasihi , maha pengampun ..makin kuat ujian ini makin dekat diri ini dengan DIA PEncipta langit dan Bumi .


Saat sakit kita mula merasa betapa kerdilnya diri ini , betapa kita sangat perlukan DIA .

Hanya Doa semoga kesembuhan yang diberi .

Insha Allah Kak Azza akan kuat .



terima kasih Ya Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk menikmati semua ini.